Selasa, 10 September 2019

MISTERI TIANG KE 56 JAMBATAN PULAU PINANG




URBAN LEGEND. MISTERI TIANG KE 56 JAMBATAN PULAU PINANG.


Kisah mengenai mistik tiang jambatan yang ke 56 sudah tidak asing lagi kepada penduduk Pulau Pinang. Diceritakan bahawa pada zaman 80an, ketika mula pembinaan terdapat kesulitan yang tidak masuk akal sehingga hampir membantutkan proses pembinaan. Pemaju akhirnya mengambil jalan mistik untuk menghubungi pawang dalam menyelesaikan masalah yang terjadi.


Menurut pawang tersebut, kawasan laut tersebut mempunyai penunggu dan diperintah ketua Jin yang memerintah Selat Melaka. Ketua Jin tersebut berasa terganggu dengan pembinaan jambatan tersebut. Di perut laut tersebut wujudnya seekor buaya putih yang dahagakan darah manusia sebagai santapan malam purnama, barulah proses pembinaan berjalan lancar.

Selain itu, dikatakan juga bahawa setiap tiang di jambatan tersebut disumbat kepala manusia yang mati ketika aktiviti pembinaan dijalankan, yang tidak lain tidak bukan sebagai santapan buaya putih tersebut. Namun kenapa dalam banyak-banyak tiang, tiang 56 yang paling puaka?

Kisah tiang 56 ini wujud apabila seorang staff Universiti di Pulau Pinang kehilangan kedua penglihatannya akibat sumpahan tiang tersebut. Kebanyakan nelayan juga mengelak untuk berada di kawasan tersebut, namun dikatakan kawasan tersebut mempunyai sumber rezeki yang paling banyak berbanding kawasan laut yang lain.

Namun, pengalaman para nelayan yang sering terlihat pusaran air seperti wanita tua yang ingin menyedut mangsanya menjadi kisah seram yang tidak terungkai hingga ke hari ini.
Tiang 56 juga digelar tiang mulut puaka oleh kebanyakan nelayan. Hampir 20 nelayan mendakwa mereka pernah cuba disedut masuk ke dalam laut sebesar padang bola sepak ketika melalui kawasan tersebut.


Seorang kakitangan penyelenggaraan Penang Bridge juga mendakwa pernah melihat wajah seperti wanita tua muncul tiba tiba sambil membuka mulut seperti ingin menyedut sesuatu. Kakitangan tersebut cuba merakam kelibat tersebut namun gagal akibat cuaca yang tiba tiba buruk. Kakitangan tersebut berjaya diselamatkan oleh nelayan yang melepaskan tembakan daripada senjata api kecemasan.

Jika anda ingin mengetahui dimanakah terletaknya tiang 56 di jambatan pulau pinang, boleh cuba memandu dari Seberang Perai menuju ke Pulau Pinang, tiang 56 akan berada betul-betul di bawah anda jika memandu 80km/j (kira - kira 2 minit) dari tengah-tengah jambatan.

Kredit: Jason King Fans Official (FB)

0 ulasan:

Catat Ulasan