Hutan adalah diantara tempat yang disukai oleh Sang Halus (Jin, Syaitan, Bakteria). Tak kira jin kafir atau islam, diorang lebih suka berkampung di dalam hutan. Ini kerana hutan adalah tempat yang sunyi dan jauh daripada penempatan manusia.
Mengikut kata orang2 tua, pokok buluh yang kemas di dalam hutan seperti ini adalah kawasan petempatan bunian. Tidak diketahui kenapa, Tak takut kena miang buluh ke ape. |
Sekadar gambar hiasan. Dapat dilihat susuk manusia pada dinding gunung. Lokasi: Gunung Senyum, Pahang. |
Perkara seperti inilah yang perlu kita jaga dengan meminta pertolongan dan penjagaan dari yang maha kuasa yakni Allah s.w.t dengan membaca ayat-ayat ataupun kalimah-kalimah Haq Allah s.w.t.
Berikut adalah bacaan ketika kita hendak masuk ke hutan atau sekiranya kita membuat khemah di dalam hutan, kita 'pagar'kan khemah tersebut dengan ayat-ayat suci di bawah :
1) Al-Fatihah
2) Ayatul Qursi
3) ".. Bismillahillazi, Layadhurruhu ma'asmihi syai un, fil ardi, Wala fissamaak, Wahu assami'ul 'aliim.."
4) 3 Qul ( niat pendinding )
- Surah Al-Ikhlas
- Surah Al-Falaq
- Surah An-Nass
nak lagi bagus, boleh la buat bacaan yassin ke.
Semoga usaha kita mendapat inayah dan nusrah dari Allah yang mencipta segalanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan