Sifat bunian sama sahaja seperti manusia. Jika dibandingkan dengan jin
dan syaitan, bunian itu sama sahaja mempunyai kekuatan ingatannya dengan
manusia, iaitu pelupa. Jin dan syaitan mempunyai ingatan yang sangat kuat. Di alam itu, jika di semenanjung tanah Melayu dan juga sekitar Indonesia, mereka
mempunyai kerajaan dan dibahagikan kepada dua 'asykar' (askar/tentera) dan awam(rakyat
biasa). Lawan mereka ialah JIN.
Namun begitu, ada sekelompok di kalangan mereka ini
bukan Islam dan ada percampuran dengan jin. Tetapi, rata-rata mereka adalah
Islam dan mereka lebih memelihara kerukunan dan juga adat istiadat mereka. Jika ditafsirkan, dunia mereka saling tak tumpah seperti 500
tahun yang dahulu. Mereka berpakaian sama seperti manusia, dan warna seluruh
pakaiannya sama. Namun jika ada harta rampasan perang sebarang
peperangan yang berlaku di antara mereka dan jin, mereka akan memakai sejenis
pakaian (harta rampasan) yang dipanggil kain cindai iaitu pakaian kaum jin yang
membolehkan jin itu sendiri bergerak sepantas angin dan kilat.
Kain Cindai menggunakan teknik "ikat ganda" yang tahan di bakar. (Sekadar gambar hiasan) |
0 ulasan:
Catat Ulasan