Selasa, 10 September 2019

0

MISTERI TIANG KE 56 JAMBATAN PULAU PINANG




URBAN LEGEND. MISTERI TIANG KE 56 JAMBATAN PULAU PINANG.


Kisah mengenai mistik tiang jambatan yang ke 56 sudah tidak asing lagi kepada penduduk Pulau Pinang. Diceritakan bahawa pada zaman 80an, ketika mula pembinaan terdapat kesulitan yang tidak masuk akal sehingga hampir membantutkan proses pembinaan. Pemaju akhirnya mengambil jalan mistik untuk menghubungi pawang dalam menyelesaikan masalah yang terjadi.


Menurut pawang tersebut, kawasan laut tersebut mempunyai penunggu dan diperintah ketua Jin yang memerintah Selat Melaka. Ketua Jin tersebut berasa terganggu dengan pembinaan jambatan tersebut. Di perut laut tersebut wujudnya seekor buaya putih yang dahagakan darah manusia sebagai santapan malam purnama, barulah proses pembinaan berjalan lancar.

Selain itu, dikatakan juga bahawa setiap tiang di jambatan tersebut disumbat kepala manusia yang mati ketika aktiviti pembinaan dijalankan, yang tidak lain tidak bukan sebagai santapan buaya putih tersebut. Namun kenapa dalam banyak-banyak tiang, tiang 56 yang paling puaka?

Kisah tiang 56 ini wujud apabila seorang staff Universiti di Pulau Pinang kehilangan kedua penglihatannya akibat sumpahan tiang tersebut. Kebanyakan nelayan juga mengelak untuk berada di kawasan tersebut, namun dikatakan kawasan tersebut mempunyai sumber rezeki yang paling banyak berbanding kawasan laut yang lain.

Namun, pengalaman para nelayan yang sering terlihat pusaran air seperti wanita tua yang ingin menyedut mangsanya menjadi kisah seram yang tidak terungkai hingga ke hari ini.
Tiang 56 juga digelar tiang mulut puaka oleh kebanyakan nelayan. Hampir 20 nelayan mendakwa mereka pernah cuba disedut masuk ke dalam laut sebesar padang bola sepak ketika melalui kawasan tersebut.


Seorang kakitangan penyelenggaraan Penang Bridge juga mendakwa pernah melihat wajah seperti wanita tua muncul tiba tiba sambil membuka mulut seperti ingin menyedut sesuatu. Kakitangan tersebut cuba merakam kelibat tersebut namun gagal akibat cuaca yang tiba tiba buruk. Kakitangan tersebut berjaya diselamatkan oleh nelayan yang melepaskan tembakan daripada senjata api kecemasan.

Jika anda ingin mengetahui dimanakah terletaknya tiang 56 di jambatan pulau pinang, boleh cuba memandu dari Seberang Perai menuju ke Pulau Pinang, tiang 56 akan berada betul-betul di bawah anda jika memandu 80km/j (kira - kira 2 minit) dari tengah-tengah jambatan.

Kredit: Jason King Fans Official (FB)

Rabu, 12 Oktober 2016

0

Menyelami Alam Bunian: Sifat Bunian


Sifat bunian sama sahaja seperti manusia. Jika dibandingkan dengan jin dan syaitan, bunian itu sama sahaja mempunyai kekuatan ingatannya dengan manusia, iaitu pelupa. Jin dan syaitan mempunyai ingatan yang sangat kuat. Di alam itu, jika di semenanjung tanah Melayu dan juga sekitar Indonesia, mereka mempunyai kerajaan dan dibahagikan kepada dua 'asykar' (askar/tentera) dan awam(rakyat biasa). Lawan mereka ialah JIN. 

Namun begitu, ada sekelompok di kalangan mereka ini bukan Islam dan ada percampuran dengan jin. Tetapi, rata-rata mereka adalah Islam dan mereka lebih memelihara kerukunan dan juga adat istiadat mereka. Jika ditafsirkan, dunia mereka saling tak tumpah seperti 500 tahun yang dahulu. Mereka berpakaian sama seperti manusia, dan warna seluruh pakaiannya sama. Namun jika ada harta rampasan perang sebarang peperangan yang berlaku di antara mereka dan jin, mereka akan memakai sejenis pakaian (harta rampasan) yang dipanggil kain cindai iaitu pakaian kaum jin yang membolehkan jin itu sendiri bergerak sepantas angin dan kilat.
Kain Cindai menggunakan teknik "ikat ganda" yang tahan di bakar. (Sekadar gambar hiasan)



0

Menyelami Alam Bunian



Oleh kerana orang bunian mirip dengan manusia (kecuali berasaskan fakta mereka biasanya ghaib atau halimunan), tidaklah menghairankan untuk mereka berkahwin dengan manusia. Malah ada pendapat yang mengusulkan bahawa bunian ini ialah hasil gabungan hubungan manusia dan jin. Bagaimanapun, ada juga yang mempertikaikannya kerana perbezaan bagi manusia (berasal daripada unsur tanah) dan bunian (berasal daripada unsur api). 

Terdapat cerita mengenai seorang lelaki yang mengahwini orang bunian tetapi lantaran ingin kembali ke keluarganya yang telah ditinggalkan, memutuskan untuk meninggalkan orang bunian. Semasa kepulangannya ke golongan manusia, dia mendapati bahawa setiap orang yang dia kenal telah meninggal dunia, dan beberapa tahun sudah berlalu. Cerita ini pernah disebutkan dalam cerita dongeng Amerika iaitu Rip Van Winkle. Perkara tersebut menyerupai teori kerelatifan masa. Dalam dongeng di bahagian barat, orang bunian lebih dikenali sebagai Elf. Peradaban mereka turut dikatakan menyerupai peradaban Elf seperti yang ditunjukkan di dalam filem "Lord of The Ring".  

Elf seperti digambarkan di dalam filem "Lord of The Ring"
Bunian dikatakan wujud dalam masyarakat besar, menyerupai struktur sosial manusia, mempunyai keluarga, puak, dan struktur masyarakat. Mereka dikatakan mendiami kawasan hutan belantara, jauh dari perhubungan manusia, tetapi ada juga yang tinggal berdekatan dengan manusia malah berkongsi rumah dengan keluarga manusia. Sesetengah masalah kerasukan dikatakan berpunca daripada orang bunian.

Orang bunian mempunyai kuasa luar biasa yang hebat, dan juga diketahui berkawan dan menolong manusia, terutamanya pawang ataubomoh. Orang bunian dikatakan menculik kanak-kanak, dan bayi di dalam perut wanita dan ada dituduh menyebabkan manusia sesat di dalam hutan.


FAKTA

- Bunian tidak ditakrif dalam al-Quran tetapi keajaiban Allah sama seperti kejadian manusia kembar.

- Manusia yang bersahabat atau berkawan dengan bunian, menjatuhkan martabat mereka sebagai khalifah Allah.

- Tidak seperti jin yang boleh terbang dan memiliki kemampuan lain, Bunian hidup seperti manusia dengan berjalan kaki, bercucuk tanam cuma bezanya mereka tidak dilihat manusia walaupun hidup di alam yang sama.

- Bunian boleh menyakiti manusia secara ghaib tetapi bagi bunian yang mempelajari ilmu tertentu, mereka boleh menyakiti manusia secara fizikal. 

- Tanda-tanda seseorang diganggu bunian atau jin adalah berkelakuan pelik seperti melihat benda ghaib, berat badan kekal tetapi apabila diangkat terasa berat selain kesan aneh pada tubuh badan.

- Manusia tidak digalakkan berkawan dengan bunian kerana sukar diketahui sama ada bunian itu benar-benar beriman atau kafir.

- Kaedah menjauhkan gangguan bunian atau jin adalah dengan menjaga ibadat wajib dengan sempurna selain memperbanyakkan ibadat sunat serta solat hajat, solat taubat dan berdoa.
0

RAHSIA AL-FATIHAH




1. Al fatihah - Seringkali di baca untuk arwah.
2. Al fatihah - Tanpa membacanya solat kita tidak sah.
3. Al fatihah - Menjadi petunjuk bagi yg buntu dan resah.
4. Al fatihah - Jika merindui seseorang, maka bacalah.
5. Al fatihah - Dibaca ditiup pada beras, bagi anak yg bemasalah.
6. Al fatihah - Salah satu surah penawar sihir, sabda rasulullah SAW.
7. Al fatihah - Terjemahannya indah, hafalnya mudah.
8. Al fatihah - Sunat dibaca ketika masuk dan keluar rumah.
9. Al fatihah - Sunat dibaca ketika dirimu sedang marah.
10. Al fatihah -Bersama amalkan, tiada resah walaupun resah.

*FADHILAT AMALAN HADIAHKAN ALFATIHAH*

Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang akan 'patah riuk' jadinya.

Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak pun cemas juga. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik. Allahu Akbar!

Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka.

Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan.

Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan.

Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan hadiahkan al-fatihah buat anak-anaknya.

Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.

Sejak itu, amalan menghadiahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Selesai solat, itulah ikhtiarnya. Dihadiahkan Al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga.

Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.

Cuma hadiahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.

Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai hadiah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara2 mudah yang disukai Allah. Jgn lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita. Subhanallah.

Jom sama2 kita beramal secara istiqomah hadiahkan al-fatihah untuk Rasulullah SAW, kedua ibubapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak2 permata hati kita. Usah lupa hadiahkan untuk diri sendiri juga.

Aamiin. InsyaAllah, moga mendapat baroqah yg berterusan hingga ke jannah.


Selasa, 11 Oktober 2016

0

Menyelami alam jin: Rupa bentuk jin.





Pasti kamu tidak tahu bentuk dan rupa Jin sebenarnya kerana kamu belum pernah bertemu Jin, dan jika kamu bertemu jin dan melihat bentuk dan wujud Jin mungkin kamu akan lari terlebih dahulu.
Sebenarnya bentuk Jin dan rupa Jin hampir sama dengan manusia hampir 90% wujudnya sama, Jin juga punya mata, hidung, tangan , muka dan jenis kelamin. Apa yang membezakannya dengan manusia adalah bentuk ukuran jin yang kadang-kala ada yang besar dan juga kecil tidak seperti manusia yang memiliki ukuran tinggi tubuh yang hampir sama.
Selain itu Jin juga memiliki berbagai macam warna misalnya jin bukan muslim akan memiliki warna merah, hitam, hijau dan memiliki wajah yang buruk rupa, semntara Jin muslim biasa berwarna putih dengan wajah yang terlihat kacak dan cantik namun tidak secantik manusia.
Selain itu, yang membezakan Jin dan manusia adalah umur mereka yang sangat panjang sehingga boleh mencapai ribuan tahun dan memiliki kekuatan ghaib. Namun, kekuatan ghaib Jin tidaklah sehebat kekuatan yang dimiliki Malaikat. Kemampuan jin untuk bergerak juga sangat cepat yakni bisa mencapai kecepatan cahaya. Hal ini karena Jin terdiri dari mahkluk yang seni (halus) dan tersembunyi, tidak zahir seperti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti Malaikat, maka ruang yang kecil pun boleh diduduki oleh jutaan Jin dan juga dapat merasuki dan menghuni tubuh manusia.
Jumlah Jin sendiri sangat banyak bahkan melebihi jumlah manusia dari zaman Nabi Adam namun jumlah Jin tidak sebanyak Jumlah malaikat.
Alam tempat tinggalnya Jin adalah di lautan, daratan, di udara dan di Alam Mithal yakni suatu alam yang terletak diantara alam manusia dan alam malaikat. Jika kita diberikan oleh Allah kemampuan untuk melihat Jin, sudah tentu kita akan melihat jarum yang jatuh dari atas tidak akan jatuh ke bumi, tetapi jatuh dibelakang Jin, karena sangat banyaknya jumlah mereka.
Jin akan keluar di malam hari dan mencari makan dan rezekinya dimalam hari manakala ketika siang mereka jin akan tertidur.
Sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Rasulullah:
“Bila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada di sebagian malam maka tahanlah anak-anakmu karena sesungguhnya setan berkeliaran ketika itu dan apabila berlalu sesuatu ketika malam maka tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah nama Allah, padamkan lampu-lampu mu serta sebutlah nama Allah, ikatlah minuman mu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah sisa makanan mu serta sebutlah nama Allah (ketika menutupnya) “
Yang harus kamu ketahui jika kamu melihat penampakan seperti Pocong, Alien, Vampire, Zombie, dll itu semua adalah Jin yang memiliki ilmu tinggi untuk merubah wujudnya menjadi rupa mahluk yang ditakuti oleh manusia. Hal ini dilakukan jin untuk membuat manusia percaya bahawa hantu-hantu yang ada itu memang benar ada dan boleh membuat manusia menuju kenmusrikan.
Nah, itulah sekilas bentuk dan wujud jin sebenarnya yang boleh kita pelajari.

Isnin, 10 Oktober 2016

0

MENGATASI GEJALA SIHIR



CARA MENGATASI GEJALA SIHIR

Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :- 
1.)    Surah Al-Baqarah 2 : 1-6 
2.)    Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.)    Surah Al-Baqarah 2 : 284-286

Insyaallah sembuh. Yang penting jangan putus usaha dan tawakkal..

Jumaat, 7 Oktober 2016

1

Kisah Pramugari Diganggu Dengan Hantu Raya


Kisah Pramugari Diganggu Dengan Hantu Raya


CUACA pada malam itu agak dingin. Semua penghuni rumah teres dua tingkat di Nilai, Negeri Sembilan itu sudah tidur semasa Keena pulang daripada kerja.
Pada masa itu jarum jam menunjukkan pukul 11 malam. Pramugari itu terus ke bilik air untuk membersihkan tubuh setelah 13 jam mengharung penerbangan dari London ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.
Sedang dia asyik menghayati siraman air suam kuku, tiba-tiba pandangan mata Keena terarah kepada sebuah objek yang melekat pada cermin pemisah bilik airnya.
Dek terlalu letih, Keena tidak banyak berfikir. Dia menyangkakan objek itu mungkin seekor kelawar yang tersesat ke dalam kamar mandinya. Seketika kemudian objek berwarna hitam itu lenyap.
“Bila diamati betul-betul ia seolah-olah tapak tangan lembaga hitam yang diletakkan pada cermin itu,” tutur Keena, 37.
Sejak setahun lalu, ibu tunggal itu sudah terbiasa dengan kejadian pelik di rumahnya. Rumah tersebut didiami Keena bersama ibu, adik dan seorang anak lelakinya.
Malah, adik perempuan Keena mendakwa pernah melihat makhluk seakan-akan beruk besar berdiri di atas bumbung rumahnya. Jelas Keena, sejak bercerai dengan suaminya enam tahun lalu, rumah itu tidak lagi tenteram seperti dahulu.
Ada sahaja gangguan misteri berlaku. Daripada bunyi bising hinggalah jelmaan makhluk hitam berbulu yang menemani tidurnya.
“Lampu terpadam tiba-tiba, bunyi orang sedang berjalan dan benda mencakar dinding sudah menjadi perkara biasa buat saya. Kadang-kadang ada bunyi guli melantun di atas siling.
“Semasa tidur pula ada makhluk berbulu hitam pekat sering menindih saya. Apabila dibacakan ayat Kursi dan dilaungkan azan ia akan hilang tetapi akan muncul semula.
“Bukan itu sahaja, sejak mengalami gangguan itu, emosi saya selalu tidak stabil. Saya menjadi semakin panas baran dan mudah marah,” jelas Keena dalam nada sugul kepada Jurnal.
Dia tidak sahaja diganggu oleh bunyi-bunyi aneh dan jelmaan makhluk yang menyeramkan, bahkan kehidupan peribadi Keena turut merudum.
Setelah bercerai dengan suaminya yang merupakan seorang pramugara pada tahun 2006, Keena mengalami banyak kegagalan dalam percintaan.
“Dalam tempoh itu saya sudah bertunang sebanyak tiga kali. Apabila hampir untuk diijabkabulkan, hubungan kami terputus tanpa sebab. Saya baru sahaja putus tunang dengan seorang mualaf.
“Dia tiba-tiba tidak jadi berkahwin dengan saya walaupun hanya tinggal seminggu lagi. Saya bingung, mengapa semua ini berlaku?” kata Keena.
Menyedari keanehan itu, Keena berjumpa ramai pakar perubatan Islam untuk mendapatkan rawatan. Malangnya keanehan berlaku lagi sewaktu dia membawa seorang ustaz ke rumahnya untuk berubat. Dalam perjalanan itu, kereta mereka dihalang oleh seekor ular besar berwarna hitam.
Ular itu bagaikan hendak menghalang ustaz itu daripada tiba ke rumah Keena.
“Sewaktu menjemput seorang ustaz daripada jalan utama ke kawasan rumah saya, konvoi kami dihalang oleh ular itu.
“Ular berwarna hitam yang berdiri setinggi kereta itu berada betul-betul di tengah laluan kami sebelum ia tiba-tiba lenyap.
“Anak saya memberitahu bahawa dia seperti sedang menonton rancangan National Geographic secara langsung. Itulah pertama kali saya melihat ular yang begitu besar,” tutur Keena.
Menurut seorang pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafei, Keena sebenarnya menderita akibat disihir dan diganggu hantu raya.
“Makhluk berbulu yang sering dilihat Keena itu kalau di kampung dipanggil hantu raya. Ia dibela sejak zaman-berzaman dan dihantar untuk memecahbelahkan kehidupan orang lain.
“Dalam diri Keena sendiri ada makhluk halus yang bersarang. Kerana itulah emosi dia kerap terganggu kerana terdapat kesan lebam pada tubuhnya,” tutur Shamsuri.
Tambah Shamsuri, lebih teruk apabila makhluk berbulu setinggi manusia biasa itu boleh melakukan persetubuhan dengan mangsa.
“Ada mangsa gangguan hantu raya yang mengaku dia disetubuhi oleh makhluk itu. Biarpun dalam keadaan tidak sedar, tetapi ciri-ciri seperti seseorang yang selesai bersetubuh itu terdapat pada mangsa,” tambah Shamsuri.
Baru-baru ini, Shamsuri melakukan proses menghalau makhluk tersebut dan memagar rumah Keena dengan bacaan ayat-ayat rukyah.
Setiap bilik di rumah Keena dibacakan ayat-ayat suci berserta bacaan doa untuk menghalau makhluk ghaib tersebut. Sebuah bilik di bahagian belakang yang didakwa oleh Shamsuri sebagai tempat hantu raya tersebut duduk dilaungkan dengan alunan azan.
Ketika Shamsuri dan tiga orang pembantunya melaungkan azan secara serentak itu, perhatian Jurnal tertarik oleh bunyi dari sebuah almari.
Bunyi jari telunjuk yang mengetuk pintu almari itu bersahutan sebanyak empat kali sebelum ia berhenti.
Jelas Shamsuri, apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran dan azan, makhluk halus tersebut akan berasa panas dan marah. Seterusnya akan kedengaran bunyi-bunyi seperti mencakar dinding, bunyi cawan dan harimau mengaum.
“Tanda-tanda ini akan berlaku pada waktu malam selepas ia dihalau. Ini bermakna ia tidak akan mengganggu lagi mangsanya,” kata Shamsuri.