Rabu, 12 Oktober 2016

Menyelami Alam Bunian



Oleh kerana orang bunian mirip dengan manusia (kecuali berasaskan fakta mereka biasanya ghaib atau halimunan), tidaklah menghairankan untuk mereka berkahwin dengan manusia. Malah ada pendapat yang mengusulkan bahawa bunian ini ialah hasil gabungan hubungan manusia dan jin. Bagaimanapun, ada juga yang mempertikaikannya kerana perbezaan bagi manusia (berasal daripada unsur tanah) dan bunian (berasal daripada unsur api). 

Terdapat cerita mengenai seorang lelaki yang mengahwini orang bunian tetapi lantaran ingin kembali ke keluarganya yang telah ditinggalkan, memutuskan untuk meninggalkan orang bunian. Semasa kepulangannya ke golongan manusia, dia mendapati bahawa setiap orang yang dia kenal telah meninggal dunia, dan beberapa tahun sudah berlalu. Cerita ini pernah disebutkan dalam cerita dongeng Amerika iaitu Rip Van Winkle. Perkara tersebut menyerupai teori kerelatifan masa. Dalam dongeng di bahagian barat, orang bunian lebih dikenali sebagai Elf. Peradaban mereka turut dikatakan menyerupai peradaban Elf seperti yang ditunjukkan di dalam filem "Lord of The Ring".  

Elf seperti digambarkan di dalam filem "Lord of The Ring"
Bunian dikatakan wujud dalam masyarakat besar, menyerupai struktur sosial manusia, mempunyai keluarga, puak, dan struktur masyarakat. Mereka dikatakan mendiami kawasan hutan belantara, jauh dari perhubungan manusia, tetapi ada juga yang tinggal berdekatan dengan manusia malah berkongsi rumah dengan keluarga manusia. Sesetengah masalah kerasukan dikatakan berpunca daripada orang bunian.

Orang bunian mempunyai kuasa luar biasa yang hebat, dan juga diketahui berkawan dan menolong manusia, terutamanya pawang ataubomoh. Orang bunian dikatakan menculik kanak-kanak, dan bayi di dalam perut wanita dan ada dituduh menyebabkan manusia sesat di dalam hutan.


FAKTA

- Bunian tidak ditakrif dalam al-Quran tetapi keajaiban Allah sama seperti kejadian manusia kembar.

- Manusia yang bersahabat atau berkawan dengan bunian, menjatuhkan martabat mereka sebagai khalifah Allah.

- Tidak seperti jin yang boleh terbang dan memiliki kemampuan lain, Bunian hidup seperti manusia dengan berjalan kaki, bercucuk tanam cuma bezanya mereka tidak dilihat manusia walaupun hidup di alam yang sama.

- Bunian boleh menyakiti manusia secara ghaib tetapi bagi bunian yang mempelajari ilmu tertentu, mereka boleh menyakiti manusia secara fizikal. 

- Tanda-tanda seseorang diganggu bunian atau jin adalah berkelakuan pelik seperti melihat benda ghaib, berat badan kekal tetapi apabila diangkat terasa berat selain kesan aneh pada tubuh badan.

- Manusia tidak digalakkan berkawan dengan bunian kerana sukar diketahui sama ada bunian itu benar-benar beriman atau kafir.

- Kaedah menjauhkan gangguan bunian atau jin adalah dengan menjaga ibadat wajib dengan sempurna selain memperbanyakkan ibadat sunat serta solat hajat, solat taubat dan berdoa.

0 ulasan:

Catat Ulasan