Jumaat, 17 Februari 2012

0

Hutan oh hutan.


Hutan adalah diantara tempat yang disukai oleh Sang Halus (Jin, Syaitan, Bakteria). Tak kira jin kafir atau islam, diorang lebih suka berkampung di dalam hutan. Ini kerana hutan adalah tempat yang sunyi dan jauh daripada penempatan manusia. 




Mengikut kata orang2 tua, pokok buluh yang kemas di dalam hutan
seperti ini adalah kawasan petempatan bunian.
Tidak diketahui kenapa, Tak takut kena miang buluh ke ape.  

Oleh kerana itu, apabila kita hendak masuk ke dalam hutan, (bagi perkhemahan, bagi memburu, cari buluh nak buat lemang & sebagainya) kita hendaklah sentiasa meminta perlindungan Allah daripada bahaya dan ancaman Sang Halus ini. Kadang-kadang, apa yang kita terjumpa di dalam hutan adalah barang-barang kepunyaan mereka. Mungkin ini kerap berlaku sehinggakan ada yang marah kepada kita dan dengan mudah akan membalas dendam kepada kita.

Sekadar gambar hiasan.
Dapat dilihat susuk manusia pada dinding gunung.
Lokasi: Gunung Senyum, Pahang.

Pernah diceritakan seorang yang telah memasuki hutan. Dia tersepak tunggul kayu yang menyebabkan dia jatuh tersungkur. Apabila kembalinya ke rumah, dia seolah-olah dirasuk hantu. Rupa-rupanya setelah dirawat oleh seorang pngamal perubatan islam, dia rupanya telah dirasuk jin. Semasa rawatan dilakukan terhadapnya, Si Perawat dapat berdailog dengan jin tersebut. Apabila ditanya kenapa merasuki badan manusia ini?. Maka jin tersebut menjawab, dia merasuki manusia tersebut disebabkan berasa marah kerana manusia itu telah menyepak dapur masaknya yang hanya disangkakan sebagai tunggul kayu tadi. Lalu diberi peringatan kepadanya bahawa manusia itu tidak sengaja dan tidak tahu akan hal demikian. Jin tersebut akur dan meninggalkan jasad manusia tersebut.

Perkara seperti inilah yang perlu kita jaga dengan meminta pertolongan dan penjagaan dari yang maha kuasa yakni Allah s.w.t dengan membaca ayat-ayat ataupun kalimah-kalimah Haq Allah s.w.t.
Berikut adalah bacaan ketika kita hendak masuk ke hutan atau sekiranya kita membuat khemah di dalam hutan, kita 'pagar'kan khemah tersebut dengan ayat-ayat suci di bawah :
1) Al-Fatihah
2) Ayatul Qursi
3) ".. Bismillahillazi, Layadhurruhu ma'asmihi syai un, fil ardi, Wala fissamaak, Wahu assami'ul 'aliim.."
4) 3 Qul ( niat pendinding )
- Surah Al-Ikhlas
- Surah Al-Falaq
- Surah An-Nass
nak lagi bagus, boleh la buat bacaan yassin ke.


Semoga usaha kita mendapat inayah dan nusrah dari Allah yang mencipta segalanya.

Selasa, 14 Februari 2012

1

Menyelami alam jin.




Assalamualaikum…
Mungkin kita semua pernah mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang kita terlihat bayangan orang di tengah malam. Suara ganjil memanggil kita ketika berseorangan. Bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kita tinggal bersama makhluk Allah yang lain iaitu Jin.
Tidak mengapa jika tinggal satu bumbung, tetapi bagaimana pula keadaannya jika mereka tinggal di dalam badan kita? Mungkin kita akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. Oleh itu adalah penting untuk kita mengesan adakah badan kita ditumpang oleh makhluk ini.
Apa itu jin?
Makna Jin: Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie - perkataan tunggalnya " Jinny " yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat.

Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menceritakan tentang Jin. Antaranya :-
Surah Al-Hijr ayat 26 - 27 :Yang bermaksud : Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat yang kering kontang yang berasal dari lumpur hitam yang di beri bentuk dan Kami telah ciptakan Jin sebelum di ciptakan manusia daripada api yang sangat panas.
Surah Ar-Rahman ayat 15 :Yang bermaksud : Dia ( Allah ) menciptakan Jann ( Jin ) dari nyalaan api ( Pucuk  api yang menyala-nyala atau Maarij )
Surah Al-‘Araf ayat 12 :Yang bermaksud : " Engkau ciptakan aku ( kata Iblis ) dari api sedangkan ciptakan dia ( Adam ) dari tanah.
Dari Hadis Nabi s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Muslim r.a: Maksudnya : " Malaikat diciptakan dari cahaya, Jaan diciptakan dari lidah api sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu yang telah disebutkan kepada kamu ( tanah).

Bagaimana bentuk jin?

Sesetengah Ulama menyatakan bahawa rupaparas makhluk Jan (datuk Jin) selepas dijadikan Allah sememangnya menjadi rahsia-Nya. Tetapi selepas mereka dicampakkan kebumi maka sesetengah golongan Jin ini menjelma ke beberapa rupa iaitu Anjing, Ular, Manusia dan lain-lain. Mengikut Ulama itu lagi bahawa rupa, tingkahlaku, kelakuan para Jin adalah lebih kurang 80% menyerupai Manusia dan 20% menyerupai Malaikat. Rasulullah saw didalam beberapa hadis yang telah diriwayatkan menerangkan bahawa Jin tergolong kepada 3 kelompok besar iaitu :

Telah diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dari sanad soheh yang bermaksud;
“Dari Jabir Nafir, dari Abi Sa’labah Al-Kuntsa ra bahawa ia mendengar Rasulullah
saw bersabda, Jin terbahagi kepada tiga kelompok, pertama adalah Jin yang
mempunyai sayap yang boleh terbang ke udara, kedua adalah Jin yang berupa Ular dan Anjing, sedangkan yang ketiga adalah yang boleh berubah-ubah bentuk dirinya”.
Manakala yang diriwayatkan pula oleh Ibnu Abbas ra, beliau menyatakan bahawa;
“Anjing itu termasuk kepada golongan Jin. Ia merupakan salinan (jelmaan) Jin.
Kalau ia menghembus-hembuskan nafasnya dekat pada makanan mu, maka campakkan makanan itu kepadanya kerena ia mempunyai selera terhadapnya. Akan tetapi yang berwarna hitam gelap dengan dua titik putih diatas matanya adalah Jin yang sangat jahat. Kalau kamu melihat anjing seumpama ini, jangan dibiarkan. Bunuhlah ia”.
Manakala dari soheh Muslim, telah diriwayatkan hadis dari Abdullah ibnu As-Shamit, dari Abu Dzar ra, bahawasanya Rasullah saw bersabda yang maksudnya;
“Bila kamu berdiri untuk mengerjakan solat, maka buatlah oleh mu halangan yang merupakan tanda bagi mereka yang lalu, kerana jika kamu tidak berbuat seperti itu maka solat mu akan diputuskan (diganggu) oleh keldai, kaum wanita dan anjing hitam”.
Manakala dari Iman Al-Bukhari Muslim meriwayatkan dari Ibnu Umar ra, bahawasanya ia mendengar Rasullah saw berkhutbah dimimbar masjid dan bersabda yang maksudnya;
“Bunuhlah ular. Bunuhlah Dzu At-Thafiyatan dan Al-Abtar, kerana kedua-dua binatang itu menyembur mata dan mengugurkan kandungan”. 
Ulama mentafsirkan bahawa yang dikatakan ular jenis Dzu At-Thafiyatan itu adalah ular yang mempunyai garisan putih dibelakang kepalanya. Manakala Al-Abtar pula ialah ular yang tidak mempunyai ekor. Jika disini, masyarakat mudah melihat ular tedong selar dan ular senduk yang mempunyai garis dibelakang kepalanya (juga dikenali sebagai ular senduk/senduduk/sendung/tedung/tadang/cobra/king cobra). Juga ular yang tak berekor dipanggil ular kontot. Memanglah kedua-dua jenis ular ini mempunyai bisa yang tersangat kuat yang boleh menyebabkan kematian dengan cepat, apabila ibu yang sedang mengandung dipatuk oleh ular-ular jenis ini maka akan keguguran kandungannya akibat menahan bisa yang tersangat kuat itu.




Walau bagaimana sekali pun terdapat juga rupa bentuk yang bolehlah ditafsirkan seperti berikut:
1) Jika golongan Jin Islam yang beramal soleh serta alim, rupa parasnya cantik dan elok.
2) Manakala golongan Jin Kafir atau Jin Islam yang fasiq serta munafiq, rupa parasnya hodoh, kotor dan mengerikan.
3) Ada golongan yang terlalu Gemok dan boleh membesarkan badannya sebesar gunung, manakala ada juga yang kurus dan boleh mengecilkan tubuhnya sehalus kuman yang boleh masuk keliang roma Manusia beramai-ramai.
4) Ada golongan yang sangat tinggi dan ada yang sangat rendah, ada yang leper (leper), bulat, lonjong, berpintal pintal berubah saiz dan bentuk juga.
5) Mereka juga berwarna-warni mengikut golongan atau puak. Ada yang puak biru, puak merah, puak kuning, puak hitam, puak putih, puak hijau dll. (seperti yang diceritakan dalam filem Allahyarham Tan Sri P. Ramli)
6) Mereka boleh tinggal dikesemua bahagian dunia, dipermukaan bumi, dalam bumi, diatas air, didalam air, diatas awan, diudara, didalam hutan, diatas pokok, didalam rumah tinggal, surau tinggal, disungai, dilaut, dibukit-bukau, dipuncak gunung malahan dimana-mana sahaja.
7) Bilangannya teramat ramai, berbillion-billion kali ganda dari jumlah manusia. Boleh ditakrifkan bahawa ‘setiap ruang ada dia’. Jika Allah swt memberi manusia
dapat melihat, susah manusia nak hidup. Sesak nafas, rimas dan tak boleh nak bergerak pun. Mereka boleh lihat apa sahaja perbuatan manusia. Itu sebab kita disuruh tutup aurat ketika mandi, ketika bersama Isteri, ketika keluar rumah dan ketika berseorangan. Mereka ada disekeliling kita memerhati gerak-geri kita.
Ungkapan ‘sebaik-baik Jin sejahat-jahat manusia’ adalah benar. Jin Islam paling tinggi iman, wara’, soleh, alim dan yang paling berilmu, masih lagi ada sifat Mazmumah di dalam diri mereka seperti riak, takabur, ego, ujub dan lain-lain yang pula boleh bila-bila masa berubah menjadi kufur, murtad, munafik dan zalim sekelip mata saja. Terutama apabila manusia mengambil dirinya menjadi ‘Khadam’ atau ‘Sahabat’. Di saat itu juga ia kufur pada Allah swt kerana ujub dan takabburnya pada Allah. Ia jadikan manusia itu hamba dia dalam semua bentuk beribadah sebagai syarat untuk berdamping. Manusia yang bodoh itu menurut kehendak Jin itu. Jadilah dia duduk di dalam syirik besar iaitu menduakan Allah swt tanpa sedar, kerana pergi meminta pertolongan selain daripada Allah. 

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN
1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi di tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.
Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk.  =)

Sabtu, 11 Februari 2012

3

Ciri-ciri gangguan Jin, Sihir dan Saka.


Contoh tingkahlaku yang mungkin dialami semasa dirasuk
 Gangguan Jin:
•    Hysteria.
•    Kerasukan/tidak sedarkan diri.
•    Rasa rendah diri.
•    Rasa ketakutan.
•    Hilang daya tumpuan untuk melakukan pekerjaan.
•    Diganggu semasa beribadat hingga sukar melaksanakan solat, zikir dan sebagainya.
•    Terdengar bisikan/suara.

Gangguan Sihir:
•    Terdapat lebam-lebam pada badan.
•    Terdapat kesan gigitan pada badan.
•    Tidak mampu bangun untuk menjalankan aktiviti harian.
•    Hilang keyakinan diri.
•    Rasa rendah diri.
•    Premis perniagaan tiada pelanggan (pelanggan tidak nampak).
•    Gangguan ketika beribadah.
•    Hubungan keluarga tiba-tiba dingin dan hambar.
•    Terkena penyakit kronik seperti kanser dan sebagainya.

Gangguan Saka:
•    Mimpi harimau, ular, buaya dan lain-lain.
•    Hysteria.
•    Teringatkan orang yang sudah meninggal dunia.
•    Ketakutan.
•    Terdengar bisikan yang mengarahkan melakukan sesuatu.
•    Pelbagai masalah lain yang tidak dapat dirawat dengan kaedah moden.\

Sumber: zakizakirin
2

Mengelakkan gangguan makhluk halus.


Kita bukan bersendirian dibumi ini. Berjuta-juta jenis spesis yang kita kenal atau tidak berkongsi dunia ini dengan kita. Dalam hidupan harian , kita bertemu dengan pelbagai jenis hidupan terutamanya manusia dan haiwan. Satu lagi spesis yang mempengaruhi kehidupan harian kita ialah makhluk halus. Walaupun kita tidak nampak dan tidak menyedari kehadiran mereka,  mereka tetap hadir dalam kehidupan kita dan membawa pengaruh yang kuat.

Makhluk halus tidak semestinya mengganggu dan merosakkan kehidupan kita sebaliknya kadang-kadang mereka akan membantu kita juga.Walaubagaimanapun, kehadiran makhluk halus dalam keluarga atau kediaman kita , tetap tidak baik. Saya kongsikan beberapa cara untuk mengelakkan menarik perhatian makhluk halus dan cara  mengelakkan gangguannya.

Makanan
  1. Jangan makan makanan yang disembahkan
  2. Jangan makan makanan yang kotor
  3. Jangan makan daging binatang yang mati sendiri
  4. Jangan curi makan buah dari pokok orang
  5. Jangan makan daging berdarah yang mentah
  6. Cuci tangan dengan sabun atau pakai bedak jika makan daging pada waktu malam

Tingka laku & Perangai
  1. Jangan cakap besar , sombong
  2. Jangan marah atau kurang ajar
  3. Jangan buang air di sungai , kolam , bawah pokok atau rumah using
  4. Jangan minum arak
  5. Jangan hisap dadah , benda yang memabukkan
  6. Jangan duduk bawah pokok yang besar pada waktu malam
  7. Jangan lepak kat rumah usang atau bangunan yang tiada pengguni
  8. Jangan tonton filem hantu bersendirian dirumah
  9. Jaga kebersihan diri sendiri
  10. Jaga kebersihan rumah , bilik tidur dan tandas
  11. Jangan letak patung atau gantung gambar didalam rumah

0

Hebat. =)


Terasa hebat pulak,
baru bagi salam, da berbelas-belas follower.
Tape-tape, terima kasih la sume. =)

Selasa, 7 Februari 2012

0

Ini permulaannya. =)


Assalamualaikum.. =D

Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum,

Belog permulaan bagi mengisi segala maklumat tentang:

Apa-apa sahaja. =)


Insyaallah akan diupdate selalu jika berkesempatan.